POLIS WANITA PERTAMA MENINGGAL DUNIA

TELUK INTAN, 11 Mac – Pn. Hjh Sariah binti Ali, bekas polis wanita, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Cicely, di sini kira-kira jam 2 petang tadi.

Arwah merupakan antara salah seorang bekas polis wanita yang pertama menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia pada tahun 1956 dan bertugas di Kuala Lumpur pada ketika itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Padang Tembak, Teluk Intan setelah selesai solat jenazah di Surau Taman Cicely sekitar jam 10 pagi esok.

Pemergian beliau diratapi dan segunung ucapan takziah.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan kekasih Allah.. Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah