Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Polis terima laporan rakaman video libatkan lelaki mirip menteri

KAJANG – Polis menerima satu laporan berhubung rakaman video seks lelaki mirip seorang menteri Kabinet yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzafir Mohd. Yussof dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran kes berkenaan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.



ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI! Pengakuan Haziq Aziz Lelaki Bersama Azmin Ali Dalam Video Viral [VIDEO]

Semalam Pengerusi Sekretariat Suara Rakyat, Datuk Lokman Noor Adam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya namun laporan itu dirujuk ke IPD Kajang susulan lokasi Lokman menerima rakaman video itu ketika beliau di rumahnya di Kajang.

Lokman ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau akan ke IPD Kajang jam 1 petang esok untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada di atas katil.

Susulan itu, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang membuat pengakuan dirinya terlibat dalam video berkenaan.

– SINAR HARIAN –



(Visited 64 times, 1 visits today)