Polis Scotland lulus hijab sebagai seragam rasmi

EDINBURGH: Polis Scotland mengumumkan, tudung kepala akan turut dijadikan pakaian seragam rasmi pasukan keselamatan negara itu.
Pasukan berkenaan berharap, langkah itu bakal menarik lebih ramai wanita Islam menyertai pasukan itu.
Ketua Konstabel Phil Gormley berkata, beliau gembira mengumumkan perkara itu dan mengalu-alukan sokongan daripada masyarakat Islam dan semua secara keseluruhan, di samping pegawai polis dan semua kakitangan.
“Seperti mana majikan lain, terutama di sektor awam, kami berusaha memastikan perkhidmatan kami dapat mewakili masyarakat. Saya berharap tambahan ini akan menyumbang kepada kepelbagaian kakitangan pasukan kami.
“Ia juga menambah kemahiran hidup, pengalaman dan kualiti peribadi daripada pegawai dan kakitangan kami kepada masyarakat di Scotland,” katanya.
Sebelum ini, pegawai polis Islam di Scotland dibenarkan memakai hijab, namun hanya selepas ia diluluskan pegawai kanan.
Polis Metropolitan memperkenalkan hijab antara pilihan pakaian seragam rasmi pasukan itu pada 2001 sebagai sebahagian daripada usaha memastikan kepelbagaian dalam kalangan kakitangan. – AGENSI

Artikel Berita Harian – 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published.