Polis rampas parang kelar dua beradik

POLIS merampas senjata tajam dipercayai parang yang digunakan oleh seorang lelaki untuk mengelar dua kanak-kanak di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, malam semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya menemui senjata yang digunakan untuk mengelar dua kanak-kanak terbabit di lokasi kejadian.
“Buat masa ini, kita masih meneruskan siasatan kejadian dua kanak-kanak dikelar bagi mengenal pasti punca sebenar.
“Setakat ini, kita ada merampas senjata parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu untuk tujuan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam kejadian 11 malam itu, suspek lelaki berusia 40-an dipercayai mengamuk dan menyerang seorang penduduk terlebih dahulu sebelum masuk ke rumah mangsa dan mengelar dua kanak-kanak berusia satu dan empat tahun.
Sementara itu, di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), proses bedah siasat ke atas dua kanak-kanak malang berkenaan masih belum dimulakan setakat jam 10.30 pagi hari ini.
– HARIAN METRO – 

Leave a Reply

Your email address will not be published.