Polis KL gempur pati bekerja di kelab malam

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Polis menahan 76 warga asing termasuk dua lelaki yang bekerja secara haram di sebuah kelab malam di Jalan P. Ramlee, di sini awal  hari ini.

Ketua Operasi Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kuala Lumpur DSP Rohazah Alwi berkata mereka yang merangkumi warga Filipina, Vietnam, Uzbekistan, Turki, Krygyzstan, Ukraine dan Bangladesh ditahan dalam operasi  bermula 11 malam hingga 2 pagi tadi.


Antara kesalahan yang dilakukan ialah menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan selain ada yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39b Peraturan-peraturan  Imigresen dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.

– BERNAMA –

Leave a Reply

Your email address will not be published.