Polis cium tangan Najib jadi ilham karya satira

Rakaman seorang anggota polis trafik mencium tangan Najib Abdul Razak yang tersebar meluas mengundang penghasilan beberapa karya sindiran.

Video kejadian di parlimen bulan lalu itu dikongsi ke media sosial oleh pegawai khas Najib, Mukhlis Maghribi.


Walaupun sudah dipadam, rakaman skrinnya kini dikongsi meluas di media sosial.

Kartunis Zunar antaranya menyindir melalui kartunnya yang memaparkan seorang anggota polis mengejar pencuri.

Bagaimanapun, setelah berjaya ditangkap dia mencium tangan lelaki itu.

Seniman grafik Fahmi Reza pula menyiarkan kartun seorang pegawai polis mencium tangan lelaki yang mirip Najib dengan kapsyen “cash is king” (wang tunai itu raja) dan “mengampu adalah budaya kita”.

Polis sedang dapatkan maklumat

Sementara itu, jurucakap Bukit Aman berkata sedang “mendapatkan maklumat daripada jabatan berkaitan”, ketika diminta mengulas perkara itu boleh pihak media.

Kerajaan BN tumbang buat kali pertama pada 2018 ketika dipimpin Najib yang diasak hebat dalam isu skandal 1MDB.

CLICK GAMBAR

Dia kini berdepan beberapa pertuduhan rasuah berkaitan 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd.

Pada Julai 2029, dia didapati bersalah atas tujuh pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dihukum 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

Keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada Disember lalu.

Kes itu kini berada di peringkat Mahkamah Rayuan, mahkamah tertinggi di negara ini. Pendengaran rayuan akhir itu akan didengar selama 10 hari bermula 16 Ogos depan.

Sumber MalaysiaKini


(Visited 461 times, 1 visits today)