Polis cekup 6 warga China terbabit sindiket judi

KUALA LUMPUR: Polis menahan enam warga China termasuk dua wanita kerana disyaki terbabit sindiket perjudian dalam talian, semalam.

Dalam serbuan di sebuah premis dijadikan lokasi judi sekitar Mont Kiara, di sini, pada jam 7 malam itu, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields menangkap semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata turut dirampas tiga komputer riba, 10 telefon, satu papan kekunci, tiga tetikus dan enam modem bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan dan pemeriksaan, polis mendapati sindiket itu aktif sejak enam bulan lalu dengan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian bagi pasaran China.

Premis dijadikan pusat judi dalam talian di Mont Kiara, Kuala Lumpur. - Foto PDRM

– Berita Harian –


(Visited 56 times, 1 visits today)