Polis cari dua individu

SHAH ALAM – Jabatan siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan jual beli kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, individu pertama S Visvanathan, 35, dengan alamat terakhir di Kapar, Klang Selangor.



“Individu kedua adalah S Vimalathitten, 29 tahun dengan alamat terakhir di Simpang Ampat, Pulau Pinang.

“Kedua-dua individu ini penting bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan kes jenayah komersial melibatkan tipu jual beli kenderaan di negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Fazlisyam berkata, justeru itu polis amat berharap agar kedua-dua mereka dapat tampil memberi kerjasama dengan menghubungi pegawai penyiasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu itu juga boleh menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hanafi Othman di talian 013- 6836693,” katanya.

– SINAR HARIAN –