Polis Buru Sajat, Bantu Siasatan Kes Penipuan Maklumat Kad Pengenalan

Usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.



Dalam satu kenyataan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya memaklumkan Sajat merupakan saksi kes dalam prosiding perbicaraan dan perlu hadir ke Mahkamah Ampang Jaya pada 14 Julai nanti.

Memetik laporan Astro Awani, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Jika sakit kesalahan, usahawan berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda.

Dalam kenyataan tersebut, Sajat dipercayai dikesan beralamat terakhir di No 2, Jalan Polo Country Club Selangor, 10/3 Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya.

Saksi atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954.

Kredit: Astro Awani


(Visited 514 times, 1 visits today)