Plaza Low Yat dan sekitarnya selamat dikunjungi – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan Plaza Low Yat dan kawasan sekitarnya selamat untuk dikunjungi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya ada menempatkan anggota di kawasan itu bagi memastikan itu selamat dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Kawasan berkenaan aman damai. Cuma terdapat beberapa individu saja menganggu ketenteraman awam dan cuba mengeruhkan keadaan.

“Tapi selain itu, keadaan selamat dan aman,”katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Ketua Polis Negara, di Bukit Aman, sebentar tadi.

– BERITA HARIAN –

Leave a Reply

Your email address will not be published.