Peti besi berusia 20 tahun Najib Razak akhirnya dibuka

KUALA LUMPUR 18 Mei – Sejumlah wang tunai dipercayai ditemukan di dalam peti besi berusia 20 tahun di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini hari ini.

Peti besi itu yang didakwa tidak dibuka sejak sekian lama kerana kehilangan kunci berjaya dibuka pukul 6 petang .

Menurut sumber, dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman Ahli Parlimen Pekan itu.

“Tugasan membuka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi sejumlah wang tunai,” ujarnya.

Bagaimanapun jumlah wang tunai di dalam peti itu masih belum dapat dipastikan. – UTUSAN ONLINE


– Gambar Hiasan –

Leave a Reply

Your email address will not be published.