Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

PES IKAN BAKAR BERHANTU

Pelbagai strategi dan cara kreatif dilakukan oleh usahawan untuk melariskan jualan produk atau servis mereka…

Bagi pemilik Pes Ikan Bakar Khaenak, Abdul Manan Awang, beliau memilih untuk meletakkan gambar hantu pada pesnya agar ia mudah diingati orang..

 

Menurutnya, nama Khaenak dan gambar hantu Meknak adalah idea dari drama dialek Kelantan Khaenak yang telah tular beberapa bulan lalu apabila ia ditayangkan di FB dan You Tube KCTV Production..

Hantu Meknak cukup terkenal di Kelantan dan mempunyai ramai peminat malah beliau diserbu untuk bergambar setiap kali turun road tour.

Dari situ Abdul Manan terfikir untuk mencipta satu produk menggunakan populariti hantu Meknak dan tercetuslah Pes Ikan Bakar Khaenak..

Dengan kualiti rasa 5 bintang dan harga hanya RM12 (250gm) sahaja, penggemar ikan bakar boleh memasak sendiri di rumah sekaligus menjimatkan belanja apabila satu paket pes boleh digunakan untuk 1-2 kg ikan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari pengguna rata-rata memuji keenakan pes berkenaan dan membuat pembelian ulangan..

Mereka yang berminat untuk mendapatkan pes ini atau menjadi agen boleh menghubungi Abdul Manan di talian 0109090757 atau tekan Link WhatsApp >> www.wasap.my/60109090757

 

 

(Visited 372 times, 1 visits today)