Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Perisik Israel dalam PDRM?

KUALA LUMPUR: Warga Israel yang berkhidmat dengan syarikat mengendalikan penyelenggaraan sistem Integrasi, Komputer, Komunikasi, Kawalan dan Arahan (C4i) Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2012 bukan ejen perisikan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, ketika mengesahkan perkara itu berkata syarikat berpangkalan di Singapura terbabit bukan sekadar mengendalikan kerja penyelenggaraan sistem C4i, malah menyediakan perkhidmatan latihan.



Katanya, kemasukan warga Israel berkenaan sebagai jurutera dan pelatih dihantar syarikat berpangkalan di Singapura itu.

“Beliau bukan ejen perisik, tapi pakar jurutera yang diambil dan dihantar syarikat (di Singapura) bagi mengendalikan proses naik taraf C4i PDRM.

“Masa pemasangan sistem dibuat, ada wakil kita hadir untuk lihat kerja-kerja (jurutera warga Israel itu),” katanya pada sesi pertanyaan lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Pengkalan Chepa) berhubung dakwaan kemasukan ejen perisikan Israel bagi mengendalikan proses naik taraf sistem dalam PDRM.

Ahmad Marzuk merujuk kepada kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 2010 yang ketika itu Ketua Pembangkang, bahawa siasatan cawangan khas PDRM pada Ogos 2008 mengesahkan pembabitan Israel melalui syarikat Asiasoft selaku subkontraktor projek menaik taraf sistem komunikasi analog agensi penguat kuasa berkenaan.



Menjawab soalan asal Ahmad Marzuk berhubung jumlah kemasukan warga Israel, Mohd Azis menjelaskan hanya tiga rakyat negara terbabit diberi kebenaran berikutan urusan perdagangan sedia ada berada di Malaysia tahun ini.

“Selain tiga orang ini, tiada lagi kebenaran diberikan kepada warga Israel untuk menghadiri persidangan, mesyuarat dan program antarabangsa.

“Ini selaras dasar baharu bahawa kerajaan tidak lagi membenarkan wakil Israel untuk memasuki Malaysia bagi menghadiri persidangan, mesyuarat dan program anjuran badan antarabangsa,” katanya.

*Fakta nombor

– 105 warga Israel masuk Malaysia dari 2016 hingga Mac 2019.

– 7,870 rakyat Malaysia berkunjung ke Baitulmaqdis dari 201 hingga 2019.

– Berita Harian –



(Visited 164 times, 1 visits today)