PERIKSA POLIS SESUKA HATI,PETUGAS PH BIADAP, ALA SAMSENG – PUTERI

KECOH! Video viral di media sosial menunjukkan beberapa petugas Pakatan Harapan pilihanraya kecil Dun Rantau menahan dan memaksa untuk memeriksa kenderaan peronda Polis semalam.

Pergerakan Puteri UMNO melalui ketuanya Dato’ Zahida Zarik Khan menyifatkan tindakan berkenaan dianggap biadap dan tidak menghormati tugas anggota Polis ketika PRK Rantau.

“Ia pada saya satu tindakan ala samseng yang angkuh apabila mereka dakwa ada hak untuk periksa siapa sahaja kerana sudah ada kuasa. Kuasa apa?” soal Zahida



“Ini lah yang membezakan sikap antara penyokong BN dan PH, kami sejak dulu sentiasa menghormati dan beri kerjasama baik kepada pasukan keselamatan terutamanya PDRM tidak kira di mana.” kata Zahida dalam satu kenyataan

Dalam masa yang sama Zahida turut bertanya, apakah tindakan Menteri Dalam Negeri sebagai respon kepada tindakan petugas Pakatan Harapan yang memperlekeh tugas anggota Polis.

Di dalam video berdurasi 30 saat melihatkan petugas PH mendesak anggota Polis berkenaan buka bonet belakang dipercayai untuk memeriksa sama ada terdapat kertas undi atau tidak.



Video yang viral sejak tengah malam tadi sudah pun mendapat 2700 like, 3200 comment dan 1300 share di laman Facebook Friends Of PDRM 

Respon Netizen majoritinya mengecam tindakan petugas PH itu, dan bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap pasukan Polis..

“Ni lah kerajaan PH tak respect langsung, apa pun aku rindu kerajaan BN Bossku..” kata Mohd Aini Bin Shariff

“So apa tindakan PDRM dalam hal ini? adakah PDRM akan berdiam diri kerana ia seolah-olah memperkotak-katikkan kewibawaan PDRM….harap PDRM tidak berdiam diri kerana bagi saya ia adalah satu perkara yang MELAMPAU…” – Soal Safuan Ab Aziz

“Lain kali undi BN balik yer cik polis???penyokong BN tak bangang lagi kuang ajaq mcm diorang??? – Kata Ayed

VIDEO DI BAWAH >>>



(Visited 73 times, 1 visits today)