Perikatan Nasional sah perintah Perak

IPOH – Perikatan Nasional sah membentuk kerajaan di Perak selepas memperoleh 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu sidang akhbar khas bersama Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman di Hotel Casuarina @ Meru di sini hari ini.

Menurutnya, ketiga-tiga parti itu mencapai persetujuan untuk membentuk sebuah gabungan baharu membabitkan 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, empat ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas.



“Insya-ALLAH, dengan gabungan ini akan membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan mampu menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Persekutuan bagi meneruskan agenda pembangunan dan membela rakyat negeri Perak kita kasihi. Demi rakyat, kerana ALLAH.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan-rakan dalam barisan Exco dan ADUN-ADUN Pakatan Harapan (PH) yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya sepanjang menjalankan tugas sebagai Menteri Besar kerajaan Negeri PH Perak sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar tersebut.

Pada sidang akhbar itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan kemasukan ADUN Tualang Sekah, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan ADUN Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamhari ke dalam Bersatu.

Nolee sebelum ini merupakan wakil rakyat bebas manakala Abdul Yunus pula merupakan Ketua PKR Cabang Parit Buntar.

AKAN MENYUSUL

– SINAR HARIAN –



(Visited 22 times, 1 visits today)