PERIKATAN NASIONAL BERGADUH BEREBUT SIAPA KETUA MENTERI MELAKA

Gabungan Perikatan Nasional (PN) dikhabarkan masih buntu memilih calon Ketua Menteri (KM) Melaka sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri setelah tamat Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Pada awal kempen PN, nama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin disebut-sebut sebagai calon KM dari PN, namun suara-suara dari akar umbi termasuk ketua-ketua cabang tidak bersetuju dan lebih cenderung menyokong calon lain.


Mereka dikhabarkan memilih Datuk Wira Mohd. Rafiq Naizamohideen yang pada kali ini bertanding di DUN Telok Mas.

Adakah Mas Ermieyati, yang sudah menjawat jawatan timbalan menteri, dan sekiranya menang di DUN Tanjung Bidara, menggalas pula tugas wakil rakyat, mahu membolot jawatan KM juga?

Itulah alasan yang dilontarkan oleh penyokong Rafiq, yang jika difikirkan semasak-masaknya, betul juga.

Jika prestasi Mas Ermieyati sepanjang menjadi timbalan menteri, dari era Najib, Mahathir dan Ismail dianalisa, apakah sumbangannya kepada masyarakat?

Kini, bagaimana pula dia hendak berkhidmat menjaga kesejahteraan rakyat Melaka?

Bagi akar umbi, mereka memahami kesemua faktor ini perlu diambil kira dalam menetapkan calon KM yang bakal menggalas tugas besar memimpin sebuah negeri.

Jika akar umbi boleh faham, kenapa pula Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih bertegas jawatan itu milik Mas Ermieyati?


(Visited 369 times, 1 visits today)