CANBERRA – AUSTRALIA. Pilihan Raya Umum Australia terus dihimpit
kontroversi selepas seorang penunjuk perasaan cuba membaling telur di
atas kepala Perdana Menteri Scott Morrison.
Telur dibaling suspek seorang wanita pada jarak dekat itu bagaimanapun
tidak pecah.
Rakaman video menunjukkan wanita berusia 25 tahun itu dibawa keluar
sebelum ditahan pihak berkuasa ketika dalam kejadian di sebuah majlis di
Albury, New South Wales semalam.
Morrison kemudiannya memuji tindakan segera staf keselamatan kerana
berjaya mengawal situasi tersebut.
Sebelum ini, seorang ahli politik berhaluan kanan di negara itu, Fraser
Anning turut dibaling telur ketika dalam satu sidang media.
Tindakan berani itu dibuat seorang remaja sebagai membantah kenyataan
beliau yang menyalahkan imigran di New Zealand sebagai dalang
bertanggungjawab dalam insiden serangan ganas ke atas dua masjid di
Christchurch yang meragut sekurang-kurangnya 51 nyawa pada Mac lalu. –
Agensi