Perbicaraan inkuiri kes Muhammad Adib ditutup

SHAH ALAM – Mahkamah memutuskan untuk menutup prosiding perbicaraan Inkues Kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan saksi-saksi yang tampil memberi keterangan.

“Setelah meneliti keterangan sedia ada mahkamah berpuas hati, maka dengan itu mahkamah tidak akan memanggil mana-mana saksi,” katanya.

Prosiding yang bermula Mac lepas menyaksikan 30 saksi dipanggil memberi keterangan dan 41 hari perbicaraan serta 137 eksibit.

Muhammad Adib, 24, parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

AKAN MENYUSUL

– SINAR HARIAN –



(Visited 75 times, 1 visits today)