Peragut berputih mata…

Peragut berputih mata...

TANAH MERAH – Cubaan seorang peragut melarikan beg sandang milik pemandu lori tidak kesampaian apabila ditahan polis sejurus selepas kejadian di lorong Bee Gar di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 1.56 petang itu, pemandu berkenaan yang sedang memunggah barang dalam lorinya terserempak dengan suspek dalam keadaan mencurigakan.

Melihatkan keadaan itu, pemandu berkenaan menahan suspek yang cuba melarikan diri bersama beg sandang disyaki milik pemandu itu.

Suspek gagal meloloskan dirinya dan pemandu berkenaan membuat pemeriksaan mendapati beg sandang dibawa suspek sah miliknya.

Ekoran itu, pemandu berkenaan meminta bantuan orang ramai serta menahan supek dan kemudiannya terus menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah,Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, pihaknya dengan Unit Kereta Peronda (MPV) sampai di tempat kejadian lima minit selepas terima panggilan.

“Kita berjaya menahan suspek dengan bantuan orang awam.
“Suspek ditahan dan disiasat dibawah seksyen 379 Kanun Keseksaan.
“Melalui semakan yang dilakukan, lelaki berumur 48 tahun itu juga mempunyai lima rekod jenayah lampau.

Suzaimi berkata, maklumat orang ramai amat membantu memudahkan pihaknya bertindak cepat bagi menyelesaikan kes jenayah setempat.

– SINAR HARIAN –

Leave a Reply

Your email address will not be published.