Penyelesaian pembayaran oleh IPIC sebanyak USD1.8 bilion adalah bukti Najib Razak tidak bersalah.

Penyelesaian pembayaran oleh IPIC sebanyak USD1.8 bilion kepada 1MDB ini adalah bukti DS Najib Razak tidak bersalah.

Tetapi sayang bila penyelesaian yang sepatutnya lebih besar iaitu USD4.5 bilion yang dimenterai dengan kerajaan Abu Dhabi ketika zaman DS Najib dibatalkan oleh kerajaan PH.

Pada waktu itu, wang yang telah dipulangkan DOJ adalah $620 juta dan sepatutnya keseluruah USD4.5 bilion itu dikembalikan kepada 1MDB sekaligus sebelum 30 Disember 2020.

Motif perjanjian ini dibatalkan kerajaan PH waktu itu mudah. Jika semua wang 1MDB yang didakwa hilang dikembalikan sekaligus oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka hilanglah modal fitnah mereka kononnya DS Najib merompak.

Goldman Sachs juga diarah membayar USD 3.9 billion sebagai penyelesaian kepada kerajaan Malaysia dalam kes 1MDB.

Kalau benarlah DS Najib rompak, kenapa mereka semua ini diarah bayar balik kepada 1MDB?

Duit KWAP sebanyak RM4 bilion yang dikatakan dirompak oleh DS Najib juga masih berada di bank di Switzerland. Ia disahkan oleh TS Ismee, BOD 1MDB yang pergi ke Switzerland sendiri.

Saya setuju dengan Datuk Seri Johari Ghani yang mengatakan adalah tak masuk akal DS Najib seorang didakwa dalam kes 1MDB ini. Inilah yang saya tulis banyak kali pun dalam perbicaraan kes 1MDB dan SRC.

Sebagai contoh, Shahrol Azral, bekas CEO 1MDB yang mengaku kepada mahkamah yang dia gagal melakukan semakan terhadap syarikat yang ingin mereka bekerjasama dalam urusniaga bernilai USD 6 bilion.

Sepatutnya, kerjasama tersebut adalah dengan anak syarikat International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investment PJS (dipanggil “big Aabar” oleh TS Shafee).

Tetapi disebabkan kecuaian Sharol, 1MDB telah menjalankan usahasama dengan Aabar BVI Ltd (small Aabar) iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh Jho Low di Virgin Island. 1MDB juga telah buta buta membayar RM4.24 billion kepada Aabar BVI sebagai security deposit.

Jelas, ia salah Shahrol, bukan DS Najib. Banyak lagi bukti dari kenyataan saksi dimana BOD 1MDB telah dikelirukan oleh pengurusan 1MDB seperti Shahrol, Hadzem dan Azmi Tahir.

Dan tak lain tak bukan, semua ini didalangi oleh Jho Low. Mereka inilah yang patut didakwa, bukan DS Najib.

Rf Lias
Istana Kehakiman Putrajaya

(Visited 265 times, 1 visits today)