Penswastaan tidak jejas penjawat awam

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata penswastaan perkhidmatan awam tidak akan menyebabkan penjawat awam kehilangan pekerjaan mereka.

“Merujuk kepada penswastaan dilakukan pada 1980-an, sebagai contoh Telekom Malaysia (TM), di bawah kerajaan pada masa itu, pekerjanya diserapkan ke TM baharu yang dikorporatkan.

“Ketika itu, ia membantu untuk mengurangkan jumlah pekerja dalam perkhidmatan awam,” katanya pada sesi perbualan dengan menteri di persidangan Invest Malaysia 2019 di sini, hari ini.



Mengenai tempoh masa penswastaan perkhidmatan awam, Guan Eng berkata ia bergantung kepada cadangan dan perbincangan dengan pekerja terbabit.

“Saya ingin katakan bahawa penswastaan ini adalah sesuatu yang sedang berjalan. Ia tidak akan dilaksanakan dengan segera atau serta-merta tanpa mengambil kira kebimbangan semua pemegang kepentingan,” katanya.

Ditanya mengenai senarai agensi kerajaan yang akan diswastakan, beliau berkata ia akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

-BERNAMA