PENCERAIAN RARA TIADA KAITAN DENGAN NASI GORENG STRAWBERI AHMAD MASLAN

Antara berita yang turut Viral hari ini adalah kisah penceraian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau mesra dengan panggilan Rara sah bercerai talak satu dengan suaminya, Muhammad Masyhur Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Rara antara wakil rakyat muda yang mewakili partinya DAP cukup popular di media sosial terutamanya laman Twitter.

Ramai yang netizen bersimpati dan mengucapkan Takziah atas apa yang berlaku kepada beliau..

Tidak kurang juga ada netizen yang cuba mengusik ADUN DAP itu dengan menyatakan “Kes penceraian tiada kaitan dengan seorang Ahli Politik lain kan?” Sambil memuat naik ‘screenshot’ artikel MalaysiaGazzet Rara teringin nasi goreng strawberi Ahmad Maslan

Nampak macam satu gurauan, tapi ia mungkin akan memberi tafsiran lain kepada mereka yang tidak faham. Rakyat Malaysia memang suka dengan budaya ‘Membawang’ kan?

Apa pun kita doakan agar urusan beliau sentiasa dipermudah dan berbahagia dunia akhirat..