INI bukan benda lawak.
Apa yang terjadi di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor adalah satu malapetaka ciptaan sendiri apabila ada manusia tidak bertanggungjawab membuang bahan kimia dari lori tangki ke dalam sungai.
Sebenarnya di negara kita ini pencemaran semakin menjadi-jadi, kilang-kilang haram wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan, itu belum campur hutan khazanah negara yang diceroboh, balak ditebang sesuka hati dan sebagainya.
Kita sering memandang enteng hal-hal sebegini, tetapi bila terjadi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran gas etc barulah masing-masing jadi panik, itupun sekejap je dalam seminggu, lepas tu semua lupa macam tak ada apa-apa.
Yang langgar peraturan satu hal, yang diberi amanah untuk mengawal dan menguatkuasa undang-undang pun satu hal lagi. Pepatah Inggeris ada mengatakan…” It takes two to tango ”
Kalau salah satu pihak ada kesedaran dan menjalankan tanggungjawab, benda-benda sebegini tak akan berlaku.
Gas metana yang tersebar tu bukan macam kentut, kalau kentut hanya menjauhkan kawan, tapi gas ini mendekatkan kematian.
Mungkin sebab benda ni tak berlaku kat anak beranak kita, so kita hanya baca dan pandang kes ini sekali lalu je. Tunggu kalau kena kat batang hidung sendiri, masa tu barulah kita tahu betapa perlunya kita bersolidati dalam hal menjaga alam sekitar ini.
Tapi yelah, nak wat camne, kat Malaysia ni kisah budak sekolah nak bunuh diri sebab frust bercinta lagi banyak dapat share dan hebat diperbincangkan daripada isu pencemaran ni. Tu lum masuk citer Aiman Tino kononnya togel dalam toilet, so nak kata apa lagi?
Baler weh, baler.
Oleh – Syahril A.Kadir