Pemuda UMNO Malaysia Akan Kembali HEBAT

Itulah Aku Janji yang telah dilafazkan oleh salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Senator Dato Arman Azha.

Tirai kempen pemilihan jawatan jawatan pimpinan tertinggi UMNO sudah dibuka.., untuk jawatan ketua sayap iaitu Pemuda UMNO, Dato Arman kini mengorak langkah dan menyusun atur strategi untuk bekerja ke arah mencipta kemenangan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang ke 14.


Cita cita dan impian anak kelahiran Tambun Perak ini agar namanya nanti akan terpahat dalam sejarah Pemuda UMNO selepas 13 Ketua Pemuda yang pernah dinobatkan dalam rekod sebelum ini bermula dari Tun Hussein Onn, Tun Razak, Tun Sardon Jubir, Tan Sri Senu Abdul Rahman, Datuk Harun Idris, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Datuk Suhaimi Kamarudin, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato Sri Najib, Datuk Seri Zahid Hamidi, Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan Dato Dr Asyraf Wajidi.

Arman sebenarnya lahir dari kilang Pemuda UMNO. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan Bahagian dan Exco Pemuda UMNO Malaysia di era Khairy Jamaluddin. Kini beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Malah dalam sidang media oleh Dato Megat Tan Sri Omar Din telah secara rasmi menyatakan Badan Perhubungan UMNO Selangor memberikan ‘blessing’ buat Ketua UMNO Bahagian Subang itu bertanding diperingkat pusat.

Melihat daripada testimoni penglibatan Dato Arman, beliau bermula dari peringkat akar umbi menaiki setiap anak tangga menuju kepada dimana beliau berada sekarang ini. Zaman muda beliau sedekad yang lalu, Arman pernah memenuhi dada akhbar berita sebagai pemuda yang berani untuk turun berdemo dan berdepan dengan beberapa perbuatan biadap parti lawan diantaranya kecoh kisah Arman dengan Namawee…..

Oleh itu tidak hairanlah apabila Aku Janji Arman mahu menjadikan Pemuda UMNO kembali berani dan hebat ! Beliau mahu menggembeleng tenaga anak muda agar kembali dihormati oleh masyarakat umum. Zaman kegemilangan Pemuda UMNO wajib dihidupkan semula ! Segala pengalaman pahit getir Arman yang pernah turun dijalanan dan kini berada pula dalam struktur organisasi yang lebih “proper” sudah pasti akan dicurahkan olehnya kapada anak anak muda sekiranya beliau menang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia…

Dato Arman dilihat agak cermat pada peringkat awal kempen ini apabila menyeru agar tidak ada unsur unsur serangan peribadi dan beliau sendiri hanya akan fokus kepada elemen elemen positif dengan menawarkan beberapa formula gerak kerja bagaimana beliau akan nanti mampu membawa sayap Pemuda UMNO kembali hebat ! Arman sudah memulakan langkah beliau, bergerak dengan BMW. Jangan salah tafsir… BMW membawa erti Best Man Win

written by : Abg Aji


(Visited 154 times, 1 visits today)