PEMILIHAN TIGER PLATOON ‘MANDI LUMPUR’ [4 GAMBAR]

Ungkapan yang biasa kita dengar.. “Tiada hari tanpa latihan..” begitulah kehidupan salah satu pasukan di dalam PDRM iaitu PGA.. Lebih-lebih lagi dalam pemilihan untuk mencari anggota terbaik dikalangan terbaik untuk diserapkan ke pasukan elit yang dipanggil Tiger Platoon..

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersyukur dapat hidup aman damai tanpa kacau bilau. Mungkin ramai yang tidak tahu atau tidak pernah mengambil tahu bahawa keamanan yang dikecapi ini juga merupakan jasa dan pengorbanan pasukan-pasukan keselamatan yang ada di Malaysia, antaranya pihak polis dan tentera.


Dalam pasukan polis ini, terdapat beberapa pasukan elit dan skuad khas yang ditubuhkan bagi tugasan-tugasan istimewa, rahsia dan lebih mencabar. Sekiranya pasukan tentera Malaysia terkenal dengan kehebatan unit komandonya (antaranya PASKAL dan PASKAU), pasukan polis juga mempunyai beberapa pasukan elit antaranya Platun Tiger atau Tiger Platoon.

Lebih lanjut sini –> Platun Tiger PGA tu apa ???

Selection Tiger Platoon di BN17 Lahad Datu pada 14/01/2019



One thought on “PEMILIHAN TIGER PLATOON ‘MANDI LUMPUR’ [4 GAMBAR]

Leave a Reply

Your email address will not be published.