PEMBANTU RUMAH LAPOR DIROGOL, POLIS TAK BOLEH BERTINDAK?

Itu adalah persoalan yang bermain dalam fikiran ramai rakyat Malaysia sekarang.

Sejak akhir-akhir ini banyak kes-kes moral yang melibatkan pemimpin tertinggi kerajaan Pakatan Harapan.

Secara tiba-tiba perkataan ‘semburit’ yang bermaksud persetubuhan sesama lelaki (menurut kamus dewan bahasa dan pustaka) menjadi ‘Viral’ dan ia jadi sebutan ramai orang.



Terkini kes dakwaan merogol pembantu rumah yang melibatkan seorang Exco DAP Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak pula menggemparkan seluruh negara.

Sudah menjadi tanggungjawab PDRM untuk menjalankan siasatan setiap laporan Polis yang diterima, termasuk menahan ‘suspek’ jika mereka rasakan perlu untuk bantu siastan.

Malangnya tindakan PDRM menahan Exco DAP Perak yang didakwa merogol pembantu rumah itu dipertikai dan ditegur oleh kata Lim Lip Eng Ahli Parlimen DAP Kepong.



“Apa yang boleh dilakukan pihak polis terhadapnya kerana melakukan penangkapan yang salah jika dia akhirnya tidak dituduh di mahkamah?

“Polis perlu berhenti menangkap orang secara tergesa-gesa dan apatah lagi cuma berdasarkan laporan yang dibuat semata-mata.

“Penangkapan cuma boleh dibuat selepas bukti yang pasti menunjukkan seseorang itu bersalah telah ditemukan oleh polis,” kata Lim yang juga seorang peguam.

Image may contain: 1 person, text

Tindakan Ahli Parlimen DAP Kepong itu mendapat kritikan ramai pihak termasuk bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak melalui poting facebook beliau.

“Berani betul pihak polis nak tahan wakil rakyat DAP atas tuduhan rogol.

Kan polis dah kena sound dengan pemimpin DAP?

Pihak berkuasa perlu ingat amaran dari pemimpin DAP Pahang kepada ketua polis daerah bulan Mei itu:

“SESIAPA NAK LAWAN PH, AKAN DATANG DIA PUN TAK BOLEH AMAN”.

Sepanjang zaman BN tak pernah sekalipun mana-mana pemimpin BN menegur polis kerana menahan suspek secara terbuka macam ini.

Tak pernah sekalipun seorang pemimpin BN mengugut polis dengan amaran begitu seperti yang dibuat oleh pemimpin DAP Pahang itu.

Tapi DAP memang power luar biasa.

Rule of law?

Rule of DAP.” Kata Najib



Pandangan dan respon sama turut dibangkitkan oleh Netizen.

Betul tu. Ini sebenarnya salah dari prinsip rule of law. Menunjukkan kerajaan sendiri tidak mahu mengikut undang2. Bagaimana kerajaan ingin menyuruh rakyat untuk mematuhi undang2. Not good. Very bad. – Kata Noor Ashani Md Yusoff

Sy nak lihat Pihak polis bertindak tegas..jgn tunduk dengan mana² pihak yg melakukan kesalahan… mana hilang nye intergriti / imej polis jika terjadi hal2 sebegini… maruah hilang beb… maruah islam di caci… kedaulatan negara hancussss… pengorbanan bukit kepong sia sia… org melayu sangat hormat pada pejuang² tanah air.. tapi bangsa lain anggap polis cuma sekadar boneka… – Kata Amir Bujie

Harap PDRM jgn layan DAP. Suspek perlu ditahan sbb dah ada report dan report yg dibuat satu kes yg besar. #pdrm terbaik! – Kata Azmin Aziz



(Visited 116 times, 1 visits today)