Pekerja pasar raya cabul dua beranak

KUALA TERENGGANU – Seorang pekerja lelaki di sebuah pasar raya di Manir, di sini, layak digelar ‘gila seks’ apabila mencabul seorang wanita bersama anak perempuannya di lokasi berlainan di dalam pasar raya berkenaan, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, wanita berusia 41 tahun ditemani anak perempuannya, 17, ke pasar raya tersebut untuk membeli barang dapur.

Menurut sumber, semasa berada di dalam pasar raya berkenaan, kedua-dua beranak ini berpecah kerana masing-masing ingin mencari barang diperlukan.



Jelas sumber, ketika sedang berjalan di salah satu lorong di situ, wanita yang bekerja sebagai tukang sapu ini secara tiba-tiba dilanggar suspek dari arah hadapan dan terkena di buah dadanya.

“Mangsa cuba menegur tindakan lelaki itu tetapi dengan selamba dia memberi alasan lorong di situ sangat sempit menyebabkan tidak sedar melanggarnya.

“Tanpa sebarang syak, mangsa mempercayai alasan diberikan dan tidak menceritakan kepada sesiapa pun termasuk anak perempuannya itu,” katanya ketika dihubungi.

Kata sumber, bagaimanapun wanita itu hanya mengetahui perbuatan suspek yang memang sengaja mencabulnya selepas anak perempuannya turut menceritakan tindakan lelaki itu, pada Ahad lalu.

“Sebelum itu, mangsa mula curiga dengan sikap anak gadisnya yang kemurungan tiba-tiba dan tidak mahu ke sekolah sedangkan sebelum ini dia tidak pernah bersikap sedemikian.



“Setelah disoal siasat, calon Siji Pelajaran Malaysia (SPM) di sebuah sekolah menengah di Manir ini menceritakan yang suspek memegang punggungnya sebanyak dua kali di dua lokasi berlainan di dalam pasar raya berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, tidak berpuas hati, wanita itu nekad pergi mencari suspek di pasar raya berkenaan sebelum tercetusnya pertengkaran mulut di antara mereka. Suspek menafikan sekerasnya dan menuduh mangsa sengaja mengadakan cerita.

“Mangsa meminta pihak pengurusan melihat semula rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam pasar raya tetapi dimaklumkan yang mereka perlu memaklumkan kepada majikannya terlebih dahulu.

“Wanita itu akhirnya mengambil keputusan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya terhadap suspek,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

Jelasnya kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

– SINAR HARIAN –



Top Posts

READY STOCK! [LIMITED EDITION]

CLICK GAMBAR UNTUK WHATSAPP!

KAMI SOKONG PDRM