Pekerja Boleh Report Polis, Jika Majikan Paksa Datang Kerja – Peguam

Majikan tidak boleh paksa pekerja untuk hadir ke pejabat jika tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Menurut setiausaha agung Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam), Lim Wei Jiet, majikan yang berbuat demikian dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan.