PEGAWAI POLIS NAK BERHENTI AWAL, “NO! U KENA TERUS BERBAKTI KEPADA NEGARA” – TAN SRI MUSA HASSAN

Itu adalah respon tegas daripada Tan Sri Musa Hassan yang merupakan Bekas Ketua Polis Negara ke lapan bermula 12 November 2006 hingga 12 September 2010.

Bekas Orang Nombor Satu PDRM itu juga kini cukup kritis dalam memberikan pandangan serta teguran berkenaan isu-isu semasa, isu negara termasuk isu yang melibatkan PDRM sendiri.

Berikut adalah sedikit perkongsian ketika beliau ditemuramah oleh seorang wartawan bebas yang juga merupakan penulis terkenal Syahril A.Kadir



” Masa saya jadi Ketua Polis Johor orang tohmah saya ‘bersahabat’ dengan ketua gangster. Masa siasat kes Anwar dulu orang kata saya dibayar RM5 juta. Alhamdulillah sikit pun saya tak goyah dengan fitnah manusia.

” Arwah bapa saya cikgu mengaji, kami diasuh cukup-cukup dengan ilmu agama dan Al-Quran. Sebab itu masa saya jadi KPN saya tak takut untuk memberi teguran walaupun pada Menteri saya sendiri bila saya nampak ada usaha untuk campur urusan kerja kami.

” Sekarang ni saya sedih bila ramai pegawai yang datang mengadu mereka mula rasa ‘demoralise’ dalam pasukan dan nak berhenti awal, saya katakan pada mereka NO! U kena terus berbakti pada negara, jangan lari dari masalah!, ” kata Tan Sri Musa Hasan.



Selama sejam abam menemubual anak sulung ulamak terkenal, Allahyarham Tan Sri Hasan Azahari ini. Terus terang tanpa berselindung. The best interview so far. Jangan lupa saksikan wawancara bersama Musa hanya di www.malaysiagazette.com minggu hadapan.

Terbaek Tan Sri!