PEGAWAI POLIS KENA BERSUARA BILA ADA BENDA TAK BETUL…WALAU PADA MENTERI!

Image may contain: 1 person, closeup

” Bila mereka (polis) nak ambil tidakan, mereka dimaki, jadi kita ada masyarakat apa ni?

Masyarakat kita yang tak ada budi bahasa. Masyarakat kita yang kurang ajar. Tidak menghormati pihak berkuasa.

Kita nak masyarakat yang sebegitu ke? Kalau kita nak masyarakat seperti itu, tak perlu ada undang-undanglah.

” Kalau kita tarik semua daripada mereka, kuasa pun tak ada, apa pun tak ada, macam mana mereka nak jalankan kerja?

Benda-benda tak betul saya terpaksa bersuara walaupun ia dilakukan oleh sesiapa saja termasuk Menteri. 

Kita terpaksa bercakap. Sebab itu orang tak suka saya. Kita kena menjalankan tugas ‘without fear or favour’. 

” Pegawai dan anggota polis perlu menjalankan tugas dia secara bebas. Pada masa yang sama kita perlu pantau. Kita tidak boleh ‘bias’ pada mana-mana pihak.” – TAN SRI MUSA HASSAN (MalaysiaGazette)

Leave a Reply

Your email address will not be published.