PDRM Melaka guna ‘body camera’

Melaka: Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Melaka akan menjadi pasukan pertama di negeri ini menggunakan teknologi audio visual iaitu Body Camera BC-100 Januari depan dalam usaha menangani ancaman penjenayah selain meningkatkan integriti anggota ketika menjalankan tugas.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, 36 kamera badan yang diterima itu bukan saja dapat melindungi anggota polis dari ancaman tuduhan pihak tidak bertanggungjawab, malah turut melindungi kepentingan awam sekiranya anggota tidak berintegriti ketika bertugas.

“Penggunaan Body Camera ini melindungi kepentingan kedua-dua pihak.

“Kamera pada badan anggota URB yang bertugas akan terus diletak pada mod berfungsi sebaik anggita keluar meronda dan mempunyai kemampuan merekod audio visual selma lebih empat jam,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan PDRM peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di Bukit Beruang, di sini, pagi tadi.

Pada majlis itu, polis Melaka turut menerima 32 Unit Kereta Peronda (MPV) jenis Proton Inspira dan 53 motosikal jenis Honda utk digunakan URB.

Leave a Reply

Your email address will not be published.