Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 93

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 94

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 104

PDRM antara badan keselamatan terbaik dunia – Tengku Adnan


KUALA LUMPUR
: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memuji keberkesanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dianggap sebagai antara badan keselamatan terbaik di dunia.

Beliau berkata kecemerlangan PDRM boleh dilihat melalui peranannya memastikan keamanan dan keselamatan negara hingga boleh dinikmati rakyat melalui kehidupan seharian.

“Tindakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab memperkecilkan PDRM sangat tidak wajar, banyak jasa polis kepada rakyat untuk memastikan keamanan khususnya di Kuala Lumpur dan Putrajaya ini terkawal.

“Kita sepatutnya menghargai dan berterima kasih kepada polis atas bakti mereka dalam memelihara keamanan sejagat,” katanya ketika berucap dalam program Jalinan Mesra sempena Peringatan Hari Polis ke-210 Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh dan Penasihat Pembangunan dan Iktisas di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Tengku Adnan berkata bagi menghargai PDRM, kementeriannya sedia menawarkan pelbagai kemudahan antaranya memberi keutamaan kepada anggota polis dalam projek perumahan kos rendah dan mampu milik seperti Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan dan Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia.

“Projek-projek ini mendapat sambutan hangat apabila banyak unit terjual tetapi difahamkan kurang permohonan daripada badan-badan beruniform seperti polis.

“Saya menyeru agar semua anggota polis untuk membuat permohonan bagi mendapatkan rumah tersebut,” katanya.

Beliau berkata kementeriannya menerusi Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga akan memperkasakan kerjasama dengan PDRM khususnya bagi membanteras jenayah di ‘kawasan panas’ sekitar ibu negara.

— BERNAMA

Gambar sekitar majlis di IPK Kuala Lumpur


————————————-
(Visited 133 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *