PASIR GUDANG: GAMBAR PENJAWAT AWAM TIDUR JADI VIRAL. ADA MASALAH?

VIRAL! Krisis pencemaran Toksik yang bermula di Sungai Kim Kim hingga merebak ke seluruh daerah Pasir Gudang Johor menjadi topik paling hangat minggu ini.

Pelbagai usaha sudah dan sedang dijalakan termasuk pembersihan, pemindahan mangsa terlibat, rawatan dan sebagainya bagi memastikan angka mereka yang terkesan tidak meningkat.

Semalam satu keping gambar dipercayai seorang petugas Kementerian Kesihatan Malaysia dimuat naik di media sosial termasuk Facebook, Twitter dan Instagram.

Gambar berkenaan mendapat reaksi pelbagai oleh Netizen, ada yang mengecam dan ada juga yang bersimpati dengan petugas kesihatan tersebut.

Pada pendapat penulis, tiada masalah pun pada gambar berkenaan kerana ia menunjukkan betapa mencabar dan penatnya tugasan pasukan keselamatan membantu masyarakat yang terkesan teruk akibat pencemaran sisa toksik.

Tidak kurang juga ada netizen yang mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.

ya Allah permudahkanlah swgala urusan mereka ya Allah aamiin ya robbal’alamiin” kata Nur Afiqah Batrisyia

“Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala buatnya…” -Norbaya Bt Jamaludin

Menyedihkan bila ada juga netizen yang mengecam petugas berkenaan dengan kata-kata yang tidak sedap dibaca..

“Dah tugas kau, buat jelah, perlu ke nak viralkan gambar tidur bagai, kau nak apa?” – Netizen
“Kalau nak tidur balik rumah jelah, ramai lagi yang boleh buat kerja rawatan tu” – Netizen

(Visited 110 times, 1 visits today)