Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

PANAS DENGAN PEMBANGKANG, MENTERI UGUT DEDAH LEBIH BANYAK….. [VIDEO]

KECOH! Di Dewan Rakyat pagi tadi apabila Ahli Parlimen Pendang bangun bertanyakan soalan berkenaan SPV Tabung Haji kepada Menteri Agama Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof.

“Pendang nak tahu, dan ahli parlimen lain dalam dewan ni termasuk rakyat, nak tahu siapa yang dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah dan siapa CEO nya? Kita nak orang yang punyai kepakaran untuk dalam mengurus tadbir aset-aset penting untuk Bumiputera” – Soal Yb Awang Hashim

Soalan beliau dijawab dengan sinis oleh Menteri Agama dengan mengatakan “Yang pasti bukan Pendang dan Baling”



Jawapan awal Menteri menyebabkan Dewan Rakyat menjadi riuh seketika dengan pertikaman lidah antara ahli parlimen.

Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim turun bangun mempertikaikan jawapan awal Menteri sebagai tidak matang.

“Standard lah tu Pendang, itu lah standard menteri belah sana” Kata Ahli Parlimen Baling

Ahli Parlimen Baling yang juga bekas orang nombor satu Tabung Haji bangun berkali-kali membidas Menteri Agama dengan menyifatkan Menteri beremosi hingga tidak menjawap soalan secara profesional.



Kerana terlalu kerap ditekan oleh Ahli Parlimem Baling dan pembangkang yang lain Menteri ada menyebut

“(Bekas) Pengerusi Tabung Haji jangan buat-buat tak tau, ‘i know what u did’, ‘so dont talk so much'” Kata Menteri

“I know what u did to, Pengerusi Tabung Haji tak tulis warkah, tapi Menteri Agama tulis Warkah” Jawab Baling

“Jangan lari topik, nanti keluq habis semua nanti, sabaq sat..” Balas Menteri

Video sidang dewan rakyat yang mula Viral di media sosial itu mendapat reaksi dan kecaman daripada Netizen terutamanya yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH hari ni..



“Dah kenapa Menteri Agama perangai macam ni? Dah gagal jawab soalan dia ugut nak dedah itu ini pula, tak tahu ke orang Islam orang Melayu dah marah bila orang lain masuk campur dalam pengurusan Tabung Haji..” Kata Andy Haizar

“Kalau aku tahu macam ni lah kualiti Menteri PH, aku takkan undi korang masa PRU14 haritu, memang sepenggal je lah korang aku bagi can” Kata Mohd Akmal

VIDEO DI BAWAH >>>



(Visited 90 times, 1 visits today)