Pakar Perubatan Alternatif Terkenal Malaysia Ditahan Di Indonesia, Media Dakwa Langgar Visa Melancong

Pihak berkuasa imigrasi Indonesia di Palembang, Indonesia telah menahan pakar perubatan alternatif terkenal di Malaysia, Dato’ Chris Leong dan rombongannya seramai 20 orang didakwa kerana telah melanggar peraturan visa pelancong mereka dengan menjalankan rawatan secara tidak sah kepada penduduk tempatan tanpa izin.

Media Indonesia yang melaporkan insiden itu memberitahu bahawa beliau menjalankan aktiviti itu semasa serbuan dibuat di sebuah hotel 4 bintang di Palembang.

Seramai 16 orang rakyat Malaysia, 2 warga Hong Kong, seorang warga Ireland dan seorang warga Belgium ditahan ketika serbuan dilakukan. Kesemua mereka didakwa merupakan sukarelawan yang berkerja di bawah agensi Chris Leong yang berpengkalan di Malaysia.


Walau bagaimanapun, penangkapan itu telah membuatkan rata-rata pelanggannya risau kerana telah melangsaikan sejumlah wang bagi mendapatkan rawatan.  Namun pun begitu, Chris dalam satu status Facebook miliknya memberitahu bahawa bayaran balik akan dilaksanakan.

“Kami tahu anda prihatin. Mohon maaf bahawa lawatan ke Jakarta dan Surabaya telah dibatalkan. Kami akan memproses pengembalian wang kembali kepada anda. Tolong beri kami sedikit masa. Anda akan menerima teks atau email dari kami segera. Maaf untuk segala kesulitan.”

Sumber: Tribun News

Leave a Reply

Your email address will not be published.