Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Padah cuba rampas pistol polis [Video]

POLIS menahan pemandu lori selepas cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya Ops Selamat Ke-15 selain bertindak merampas pistol milik anggota trafik ketika pergelutan di sebuah restoran di Taman Soon Choon, Ipoh semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang, lelaki berusia 37 tahun itu dipercayai membuat pusingan U selepas melihat sekatan jalan raya di Jalan Sultan Nazrin Shah sebelum memecut kenderaannya.

Video berdurasi 2 minit 45 saat memaparkan pergelutan lelaki itu dengan anggota trafik di restoran berkenaan tular di media sosial termasuk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya menangis ketika proses penahanan itu.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, dua anggota trafik mengejar dan mengarahkan suspek memberhentikan kenderaannya namun pemandu lori itu enggan berbuat demikian.

Katanya, suspek terus memandu kenderaannya dalam keadaan berbahaya sejauh lima kilometer melalui Kampung Sengat, Perumahan Pulai Height, Jalan Sultan Nazrin Shah sehingga ke Taman Soon Choon.

“Ketika mengejar suspek, kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun terjatuh dari lori itu menyebabkan suspek memberhentikan kenderaannya sebelum melarikan diri ke sebuah restoran.



“Ketika proses penahanan, berlaku pergelutan dan suspek cuba merampas pistol anggota trafik namun berjaya ditahan dengan bantuan orang awam,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mohd Ali berkata, semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau antaranya mencuri serta dadah dan ada satu waran tangkap trafik pada 2013 iaitu gagal menunjukkan lesen memandu.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu melulu dan berbahaya serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas.



“Suspek juga disaman mengikut Seksyen 26(1) APJ 1987 kerana tidak memiliki lesen memandu dan Seksyen 15(1)(a) APJ 1987 iaitu cukai jalan tamat tempoh,” katanya.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, kanak-kanak berusia sembilan tahun yang terjatuh dari lori itu mengaku anak suspek dan mengalami luka.

Katanya, anggota polis turut membelikan makanan serta pakaian baru kepada kanak-kanak itu sebelum dihantar pulang ke rumahnya di Gopeng.

Sumber – Harian Metro –

TEKAN PLAY VIDEO DI BAWAH >>>



(Visited 210 times, 1 visits today)