Orang Asli dan Bekas Polis Pertama bergelar YB

Satu lagi sejarah tercipta di Malaysia apabila seorang Kaum Orang Asli daripada etnik Semai mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini.

Tuan Ramli Bin Mohd Noor juga merupakan Bekas Polis menang atas tiket Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil Cameron Highlands Pada 26 Januari lepas dengan mendapat 12,038 undi menewaskan calonPakatan Harapan (PH) M.Manogaran yang mendapat 8,800 undi dan dua calon Bebas Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Tahniah diucapkan kepada Tuan Ramli atas kejayaan mengangkat martabat kaum Orang Asli di Malaysia secara tak langsung beliau juga menjadi kebanggaan bagi warga PDRM seluruh negara.

Semoga dipermudahkan urusan beliau di dewan rakyat, berilah perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara, semoga Tuan Ramli dapat mengangkat lebih banyak isu-isu kebajikan orang Asli dan PDRM.

(Visited 244 times, 1 visits today)