OCPD MUDA.. BUKAN BIASA BIASA..

MUDA-MUDA DAH JADI OCPD…BAGUS TU

Menjadi Ketua Polis Daerah (OCPD) ni bukan tugas senang. Tanggungjawabnya macam jadi Ketua Polis Negara juga, bezanya dia hanya jaga satu daerah, tetapi semua benda yang melibatkan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan itu adalah terletak di bahunya.

Selalunya hanya yang ‘cukup masak’ saja diberi peluang untuk menjawat jawatan itu.

Semalam dalam kes pembunuhan adik Nur Aisyah di Langkawi tu, abam tengok OCPD Langkawi bagi press conference kat media, wah nampak muda betul ni, tak tahulah kalau dia memang ada raut wajah babyface macam abam juga ke ekekeke.

Dengan spek hitamnya, stylo jugak tuan kita ni beb. Leh cair akak-akak reporter crime kita hehehe.

Supt. Mohd Iqbal Ibrahim namanya. Abam perasan macam ada bagde ‘penembak tepat’ di atas poket kirinya.

On a more serious note, abam rasa bagus juga pucuk pimpinan PDRM bagi peluang kepada pegawai-pegawai muda untuk menjawat jawatan-jawatan yang penting ini.

Betul, pengalaman sangat penting, tetapi selagi seseorang itu tidak diberi peluang – mana nak dapat pengalaman tu?

Lagipun abam tak rasa PDRM ni main ‘sauk’ je Tuan Iqbal ni jadi OCPD, kalau tak silap dia pernah jadi Pegawai D7 (Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Selangor dan pernah menjawat jawatan Ketua Siasatan Jenayah Daerah Sepang.

Campur tolak rasanya dah molek sangat tu jadi OCPD.

Kena ingat OCPD ni pun bawa imej PDRM gak, kalau OCPD jenis gedempol macam abam, serabai dan misai pun macam sarang labah-labah je, public tengok pun tak confident huhuhuhu. Jangan marah ek, gu-rawww je.

Penulis – Syahril A.Kadir