NORAINI DIRAMAL PERTAHAN JAWATAN, TERUS MEMACU AGENDA WANITA UMNO YANG PROGRESIF

Tinjauan terhadap perwakilan wanita sepanjang tempoh berkempen Pemilihan UMNO 2023 mendapati majoriti perwakilan sangat yakin Datuk Seri Noraini akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno dengan kemenangan yang selesa.

Semangat setiakawan yang dipupuk dan disemai ketika parti sedang diuji dengan kesusahan, kekalahan dan tidak mempunyai kuasa menjadi tunjang kekuatan kempen Datuk Seri Noraini dalam pemilihan kali ini.

Pengorbanan beliau akan dikenang kerana sanggup memikul tanggungjawab memimpin sayap Wanita dikala ada pemimpin lain yang lari bukan hanya meninggalkan parti tanpa membantu dari segi kewangan malah bantuan sokongan moral pun tidak kedengaran.

Masa senang sudah tentulah semuanya indah dan menawan.

Hanya ketika parti sedang diuji dengan kesusahan dan kekalahan barulah kejujuran dan keikhlasan seseorang pemimpin itu dapat dinilai.

Calon Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Rosni Zahari pula berpendapat bahawa antara kekuatan lain Datuk Seri Noraini ialah kedudukan beliau di dalam Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen yang terlibat dalam pembikinan dasar dan perundangan negara.

Peranan Ketua Wanita akan lebih efektif jika beliau mampu membahas dan membawa lebih banyak usul memperkasakan agenda wanita di dalam Parlimen.

Sudah semestinya perjuangan mengangkat wanita berintegriti supaya berada di jawatan-jawatan kritikal dan penting telah lama diperjuangkan oleh sayap Wanita Umno.

Selain itu, Datuk Rosni juga memberitahu bahawa Datuk Seri Noraini mempunyai dua PhD (doktor falsafah) daripada UUM (2016), UKM (2021), MBA tahun 2004 dan beliau juga lulusan Saskatchewan University, Kanada tahun 1991 dalam Perdagangan Analisa Kuantitatif Kewangan.

Dalam usaha untuk membawa ‘reform agenda’, rejuvinasi dan usaha membawa nafas baru kepada wadah perjuangan Wanita Umno demi untuk menarik minat lebih ramai wanita professional, maka Datuk Seri Noraini dilihat amat sesuai untuk kekal berperanan membawa obor perjuangan Wanita Umno.

Tinjauan terhadap sentimen rakyat di atas pagar pula menunjukkan rasa berpuas hati terhadap prestasi Wanita Umno setelah dilihat berusaha untuk menampilkan muka baru dalam saf kepimpinan.

Datuk Seri Noraini yang berumur 55 tahun dilihat sebaris dengan kepimpinan Wanita parti lain yang berani menampilkan tokoh yang lebih muda, segar dan bertenaga seperti Aiman Athirah Sabu (Ketua Wanita PN) 51 tahun, Fadhlina Sidek (Ketua Wanita PKR) 46 tahun, Datuk Seri Rina Harun 50 tahun, dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS) berumur 61 tahun.

Seluruh dapatan sentimen ini seiring juga dengan pandangan daripada Penganalisis dari Universiti Malaya (UM) Azman Awang Pawi yang berkata, pencalonan Tan Sri Shahrizat yang kini berusia 70 tahun adalah satu langkah ke belakang, tidak baik untuk penjenamaan baru dan peremajaan parti Umno jika mahu dilihat progresif dan bergerak ke hadapan”

“Sedangkan penyandang Ketua Wanita Umno (Noraini Ahmad) dikenali sebagai muda dan progresif”, katanya.

Dengan mengambil kira sentimen rakyat atas pagar dan majoriti perwakilan wanita Umno dengan jelas menunjukkan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad akan kekal mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno dan terus memimpin rejuvinasi dan agenda membawa Wanita Umno yang lebih progresif.

– Malaysia Forward –

(Visited 180 times, 2 visits today)