NGO Bantah Tindakan Polis Tembak Mati 4 Lelaki Dipercayai Penjenayah Di Johor Semalam

Semalam Polis Johor menembak mati empat lelaki dipercayai penjenayah warga asing selepas insiden berbalas-tembak dan pergelutan yang turut menyebabkan seorang anggota cedera – dan hari ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil mengkritik tindakan polis itu.

NGO itu menggelar diri mereka “Menghapuskan Kematian dan Penderaan Dalam Tahanan” (EDICT) atau “Eliminating Death And Abuse In Custody Together”.

Tembak


Perintah Tetap Ketua Polis Negara (PTKPN) mengenai prosedur operasi standard (SOP) dalam melepaskan tembakan ketika menahan suspek.

NGO itu mempersoalkan sama ada tindak balas polis menembak mati keempat-empat suspek semalam bersesuaian dengan SOP yang ditetapkan apabila berdepan serangan penjenayah. “EDICT curiga dengan tindakan polis yang terus menembak mati suspek dalam satu kejadian mengejar yang berlaku di Batu Pahat, Johor,” kata NGO itu dalam kenyataannya.

EDICT
Ketua Polis Johor (kanan) menunjukkan revolver dan parang yang digunakan oleh empat suspek yang ditembak mati awal semalam.

Ia merujuk SOP Polis dalam melepaskan tembakan di dalam PTKPN.

“Terhad hanya untuk menjatuhkan orang salah itu sahaja atau menahan kesalahan daripada berlaku. Jika keadaaan mengizinkan hendaklah ditujukan kepada kaki,” katanya.

Dalam perintah sama, telah dinyatakan bahawa tindakan menembak oleh seseorang anggota polis hendaklah berpatutan.

“Mengapakah polis tidak menembak di bahagian kaki suspek terlebih dahulu seperti dinyatakan dalam SOP polis. Apakah tindak balas polis membunuh semua suspek tersebut dilihat munasabah dan berpatutan sebagaimana dinyatakan dalam PTKPN D222,” katanya.

Dalam kejadian semalam itu, empat lelaki dipercayai warga asing mati selepas terlibat dalam kejadian pergelutan dan berbalas tembak dengan pihak polis di Jalan Pagoh-Parit Sulong kira-kira pukul 3.15 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, seorang anggota polis turut cedera dibahagian tangan akibat ditikam kerambit.

Dalam satu sidang media, Ketua Polis Johor berkata sebelum berlakunya kejadian itu pihak polis telah menahan dua buah kenderaan mencurigakan untuk pemeriksaan.


Namun secara tiba-tiba pemandu dan penumpang kenderaan daripada jenis Toyota Avanza itu telah bertindak secara agresif dengan mengeluarkan pistol dan melepaskan beberapa das tembakan kearah anggota polis itu.

Pada masa yang sama mereka turut cuba melarikan diri dan telah berlaku pergelutan dengan anggota polis.

Suspek telah menyerang anggota polis dengan parang dan kerambit.

“Salah seorang suspek telah bertindak menikam anggota polis. Untuk mempertahankan diri, pasukan telah melepaskan tembakan untuk menghentikan ancaman daripada suspek,” katanya Ayob Khan.

— DEFENCE SECURITY ASIA


(Visited 39 times, 2 visits today)