NETIZEN KECAM REMAJA CURI TABUNG MASJID DIHUKUM, INI PENCERAHAN…

Akhir-akhir ini viral di media sosial cerita seorang remaja ditangkap oleh pihak masjid kerana didakwa mencuri duit dalam tabung masjid.

Cerita tersebut menjadi tambah viral apabila tersebar satu video pihak masjid memandikan dia seperti mandi jenazah sebagai pengajaran.


Semalam remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana cuba mencuri tabung masjid lima hari lalu.

Daniel Iskandar, 19, yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.


Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap iaitu 9 Januari lalu dan tambahan jel lima bulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Namun keputusan mahkamah ini mendapat kecaman netizen seolah-olah tidak adil.

Menurut sumber yang diterima, ini adalah pencerahan berkenaan remaja berkenaan.



(Visited 2,013 times, 1 visits today)