KERAMAT 22 NOVEMBER : ICERD MENANG, PH TUMBANG
Tidak ramai yang tahu, 22 Nov hari ini, merupakan satu tarikh keramat.
Pada hari ini, dua tahun yang lepas, gerakan untuk meratifikasikan ICERD tumbang dengan pengumuman Perdana Menteri pada waktu itu.
22 Nov 2018, Perdana Menteri kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu membuat satu pengumuman tergesa-gesa. Beliau mengisytiharkan bahawa Kerajaan PH pada ketika itu membatalkan hasrat untuk meratifikasikan ICERD dan beberapa konvensyen antarabangsa lain yang bakal menjejaskan hak umat Islam dan bumiputra dalam negara.
Pengumuman itu dibuat dua minggu sebelum himpunan terbesar umat Islam ‘Bantah ICERD’ 812 diadakan. Gelombang kebangkitan dan penyatuan umat Islam ketika itu menggegarkan semua pihak.
Ternyata apabila semua umat Islam berpadu dan bersatu di atas dasar Dua Kalimah Syahadah, tiada pihak yang dapat memperkotak katikkan mereka.
Doa pada banner dalam gambar di bawah “Ya Allah, Satukanlah Hati Kami”.. ia sentiasa menjadi doa saya sejak dahulu hingga hari ini. Semoga Allah membimbing kita semua untuk terus bersatu dan berjuang di atas perjuangan dua kalimah syahadah. Amin
Kita mungkin berbeza pakaian dan pendekatan, tetapi apabila Islam diancam, kita tinggalkan semua perbezaan tersebut, kerana kita semua tahu bahawa kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah diakhirat nanti.
Sekali lagi..
“Ya Allah, satukanlah hati kami. Amin”
Daripada Facebook – Sayed Amir Muzzakkir – S.A [link]