Muhyiddin umum cuti umum jika PN menang PRU15

Bagi membolehkan pengundi luar keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tanpa perlu memohon cuti, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin mengumumkan cuti umum akan diisytiharkan.

Katanya, jika gabungan itu menang kali ini, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor akan diberi cuti pada Ahad, 20 November manakala bagi negeri-negeri lain pula mereka akan diberikan cuti pada Isnin, 21 November.

“Jika PN menang dalam pilihan raya pada hari Sabtu, 19 November nanti, kita akan isytihar cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan hari Isnin bagi negeri-negeri lain,” katanya yang dipetik portal Harakahdaily.

(Visited 227 times, 1 visits today)