Muhyiddin pertikai keputusan Agong,minta Anwar buktikan sokongan

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin bertegas beliau ada sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk memimpin kerajaan.

Beliau menyeru Anwar Ibrahim buktikan beliau disokong majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menambah, beliau bukannya mempertikaikan penubuhan kerajaan perpaduan tetapi perlantikan Anwar sebagai perdana menteri.

Muhyiddin menegaskan beliau memiliki surat akuan berkanun (SD) 115 Ahli Parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri seperti yang diminta oleh Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah arahan Azhar.

“Kami menurut apa yang diperlukan,” katanya.

Tambahnya, pada 20 Nov, Azhar menghantar surat kepada presiden parti bagi meminta mereka menghantar cadangan untuk pembentukan kerajaan gabungan dan menamakan calon perdana menteri.

“PN menghantar surat daripada setiausaha agung PAS, pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) yang menyatakan persetujuan mereka membentuk kerajaan gabungan dengan PN.

“Juga 114 SD juga dihantar ke Istana Negara yang menyatakan sokongan tanpa syarat kepada saya untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Ads by Kiosked
“Ada 73 Ahli Parlimen PN, 22 dari GPS, enam dari GRS, seorang dari KDM dan 10 dari Barisan Nasional,” kata presiden Bersatu itu.

PN kemudiannya menerima satu lagi SD dari seorang Ahli Parlimen menjadikan 115.

Beberapa minit selepas sidang media Muhyiddin itu, Pengerusi Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.

Ahli Parlimen Tambun itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.


(Visited 363 times, 1 visits today)