Muhammad Sajjad gagal kemuka MyKad kepada mahkamah

SHAH ALAM – Ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.
 
“Saya tidak bawa ic (MyKad) sebab baru balik dari luar negara,” katanya.

Prosiding bagaimanapun diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah.


Terdahulu, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 33, kelihatan mencari sesuatu di dalam beg tangannya ketika mahkamah memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Nur Sajat mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST, empat tahun lalu.

– SINAR HARIAN –

Leave a Reply

Your email address will not be published.