Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Model kereta terbang dikecam: Kenapa Rakyat Tidak Berpandangan Jauh – Menteri [VIDEO]

KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu berpandangan jauh ke hadapan berbanding mengecam model kereta terbang yang dipamerkan di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19).

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, pengkritik boleh memilih untuk terus berada di belakang dengan menafikan kemajuan teknologi kereta terbang yang bakal dibangunkan atau bergerak seiring dengan kemajuan yang akan dibangunkan.



“Kecaman itu biasa, sebab itu kita kena lebih fokus kepada pembangunan modal insan dan lebih memberikan pembelajaran ilmu kepada isu ini, kita tidak mahu masyarakat tertinggal ke belakang.

“Sebenarnya anak muda sudah jauh ke hadapan dan setara dengan orang yang merekacipta di peringkat antarabangsa. Mereka boleh pilih sama ada nak terus di belakang, menafikan perkara itu. Mereka boleh naik kereta dibuat daripada buluh,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

– SINAR HARIAN –

VIDEO DI BAWAH >>>


(Visited 78 times, 1 visits today)