Misteri tiga das tembakan di Kampung Bagus


RANTAU PANJANG 28 Jan. – Penduduk di sekitar cabang tiga Kampung Bagus di sini digemparkan dengan bunyi tiga das tembak yang dilepaskan di kawasan berkenaan.

Bunyi tembakan tersebut didengari oleh penduduk sekitar 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dilakukan.
“Bagaimanapun, kita telah temui tiga kelongsong peluru di kawasan berkenaan,” katanya.

– UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.