Berdasarkan pengumuman Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerajaan akan mula kutip cukai minuman bergula bermula 1 April 2019.
“Kadar cukai 40sen seliter akan dikenakan terhadap minuman bergula dikilangkan dalam bentuk pembungkusan yang sedia diminum.
Ia melibatkan minuman mengandungi gula tambahan atau bahan pemanis lain melebihi 5 gram per 100 mililiter; serta jus buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi gula melebihi 12 gram per 100 mililiter” kata Menteri Kewangan dalam pembentangan Bajet 2019.
Manakala Perdana Menteri Tun Dr Mahathir pula menyatakan hasil cukai gula biaya program sarapan percuma danĀ untuk murid sekolah rendah.
Bagaimanapun, pelaksanaan cukai itu ditangguhkan ke 1 Julai bagi bagi memberi masa cukup kepada pihak industri membuat persediaan.
Pengumuman kerajaan ini mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat terutamanya pengguna laman sosial.
Ramai menyifatkan pengenalan cukai baru ini sudah pasti akan memberikan kesan dalam perbelanjaan harian mereka, dikala harga barang dan perkhidmatan tidak turun walaupun selepas mansuh GST dan perkenal SST.
“Kalau semua nak kena cukai, elok lah minum air masak je, tak payah lah kita bayar cukai minuman bergula” Sinis daripada Netizen
“Elok lah tu, banyakkan lagi cukai yang ada, rakyat memang suka bayar cukai, biar menteri je minum air bergula, rakyat biar minum air paip” Reaksi Netizen