MENTERI KDN JUMPA ASRI JANGGUT, TAUKEY JUDI KAU TUNGGU – NETIZEN

Selepas berlakunya pertemuan antara Ketua Polis Negara dengan Saudara Asri Janggut atau nama sebenarnya Mohd Asri Hamid di Bukit Aman hari ini, berlaku satu lagi pertemuan antara pemilik Hot Burger Malaysia itu bersama Menteri Di Kementerian Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin di lokasi yang tidak dinyatakan.



Gambar pertemuan tersebut mula menjadi ‘Viral’ di WhatsApp sejak pukul 4 petang tadi.

Difahamkan pertemuan itu susulan tindakan berani Asri Janggut mendedahkan kegiatan sindiket Judi yang berleluasa di Sungai Buloh.

Rata-rata orang ramai menyambut baik sikap terbuka Menteri Dalam Negeri dan orang nombor satu PDRM dalam menangani isu yang menggemparkan negara ini.

Ada netizen menyatakan “Bila Menteri KDN dah jumpa, kau tunggu lah taukey-taukey judi semua”

“Tahniah KDN dan IGP bertindak adil atas aduan” – Kata Mohd Razali

“KDN perlu lihat secara menyeluruh bukan hanya sg buluh .. seluruh negara dan pastikan PDRM bebas rasuah” – Kata Razali Jusoh

“Alhamdulillah… Semoga Allah swt permudahkn urusan Abg Asri…” – Doa dari Zainab Ishak

– ISU VIRAL dot Net –



(Visited 76 times, 1 visits today)