Warning: Undefined variable $post_id in /home/isuviral/public_html/wp-content/plugins/facebook-thumb-fixer/output-logic.php on line 4

Menteri Dalam Negeri Positif Covid 19? Baca ni…

Pada 5 Oktober 2020 kita digemparkan dengan berita seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri positif covid 19.

Ia disahkan sendiri oleh Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pada hari yang sama melalui posting Facebook beliau.

Melalui hantaran Facebook, beliau memaklumkan sedang menjalani rawatan dan keadaan kesihatannya baik walaupun sudah disahkan positif pandemik itu.

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik. Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadiran saya antara 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera,” katanya.



Hari ini berlegar-legar pula propaganda,berita palsu dan fitnah yang kononnya Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hamzah Zainudin dan beberapa Menteri lain Positif Covid 19 selepas mereka terlibat bersama-sama Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam satu mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Sabtu lepas (3 Oktober).

“Menteri Dalam Negeri dan menteri lain yang dikatakan positif covid 19 tu tak betul, semua tu fitnah berniat jahat” kata sumber

Ia sudah pun disahkan seperti laporan media bahawa SERAMAI 90 individu termasuk kontak rapat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan negatif Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini bermaksud semua menteri-menteri yang terlibat dalam mesyuarat tersebut termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Perdagangan Antarabangsa telah disahkan negatif secara rasmi.

– Isu Viral.Net –



(Visited 91 times, 1 visits today)